Thursday, January 14, 2010

Gempa Bumi di Haiti 12 Jan 2010 - Ribuan Mati



Gempa bumi Haiti 2010 berkekuatan 7.0 terjadi sekitar 16 km dari ibu negara Port-au-Prince Haiti di 04:53:09 (di pusat) pada hari Selasa 12 Januari 2010. Gempa bumi ini berlaku pada kedalaman 10.0 km di perut bumi. Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan lebih 10 gempa susulan lebih 5.0 skala richter termasuk yang bersaiz 5.9 dan 5.5.

Sebahagian besar tenggara Port-au-Prince hancur karena gempa, termasuk Istana Presiden Haiti, Dewan Parlimen, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan hospital.Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince turut ranap . Bagaimana pun Presiden Haiti Rene Garcia Preval terselamat.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden Pemberontakan Haiti 2004. PBB melaporkan bahawa markas besar pasukan Misi Stabilisasi PBB di Haiti Port-au-Prince rosak teruk . Sejumlah pegawai personil PBB hilang.

Titik gempa

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, sekitar 16 km dari Port-au-Prince. Titik kedalaman 10.0 km pada jam 16:53 UTC-5 . Ia terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di teluk Guantanamo, Pulau Cuba, di Kongston, Jamaica, di Caracas, Venuzuela dan di Santos Domingo, Republik Dominican.

Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 kali gempa dalam masa dua jam selepas gempa utama. Kadar gempa sekitar 5.9, 5.5, 5.1, 4.8, 4.5,dan 4.5. Pertama dalam sembilan jam, 26 gempa susulan terjadi.

Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah menghentam Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofisika USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 menghentam Republik Dominican dan Haiti yang menyebabkan tsunami dan menyebabkan 1.790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi tertapi ia dibatalkan kemudisan.

Akibat

Wartawan televisyen Haiti, “Haitipal” melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di PĂ©tionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan P[[ertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Laporan awal menyatakan bahawa ribuan orang dikhuatiri terbunuh.

Reaksi

Duta besar AS ke Haiti Joseph Raymond menyatakan gempa ini sebagai “sebuah bencana besar. The Associated Press menyebutnya sebagai “gempa bumi terbesar yang pernah tercatat di Haiti”, Gempa bumi Jamaica 1692 hanya 7.5 pada skala richter. Perdana Menteri Kanada Stephen Harper menasihati agar parsa pegawainya menilai kerosakan dan kemungkinan kecederaan rakyat Kanada. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berdoa agar kecederaan dapat dikurangkan. Amerika sedang memantau situasi dan kami siap untuk membantu rakyat Haiti. Bulan Sabit Merah Turki telah menghantar sebuah pasukan bantuan ke Haiti. Radio Amatur HAM juga memberikan bantuan semasa bencana. Ramai bimbang kerana Haiti adalah sebuah negara miskin, kedudukan 149 dalam Indeks Pembangunan Manusia.

Maklumat tentang negara Haiti sila lihat di SINI

No comments:

Post a Comment