Friday, November 21, 2014

Malaysia menuju negara rahmah: Mampukah Ikram?

Nik Khatijah Nik Mud
Published: 5 November 2014

Pertama kali penulis mendengar tema Perhimpunan Tahunan Ikram (PTI) 2014 yang berlangsung pada 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharam 1436H, “ Malaysia Menuju Negara Rahmah” yang berjaya menghimpunkan 2500 aktivis dan penggerak serta ahli-ahli Ikram di seluruh Malaysia, hati penulis berasa terpanggil untuk mnghayati dan menggarap maksud sebenar di sebalik tema yang bagi pandangan kerdil penulis merupakan satu tema yang membawa satu misi dan visi besar dalam gerak kerja Ikram.

Menariknya, disaat masyarakat semakin diracuni pemikirannya dengan sogokan berunsurkan perkauman, prejudis terhadap agama dan bangsa oleh segelintir kumpulan yang dilihat cuba memporak-perandakan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, dengan alasan ingin menegakkan syiar agama dan mempertahankan hak-hak bangsa, Ikram tampil lantang menegaskan prinsip-prinsip pegangan Ikram  yang sentiasa mengimpikan Islam berperanan sebagai agama dialog dan agama yang membawa rahmah kepada semua.
Perancangan bersistematik yang dianjurkn oleh Ikram dalam misi untuk membawa Malaysia menuju negara rahmah patut diberi pujian dan disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik mahupun ideologi.

Ikram semakin lantang dalam menyuarakan pandangan, sehinggakan mampu membawa corak pemikiran baharu di kalangan masyarakat hari ini apabila wujudnya misi menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah.

Usaha murni Ikram mencorak pemikiran baharu ini, mampu mengubah persepsi masyarakat yang semakin berselirat dengan pelbagai tohmahan dan fitnah tidak tepat, serta kefahaman tidak jelas terhadap agama dan bangsa.
Langkah ini ternyata merupakan satu percaturan matang yang dilihat mampu membina satu anjakan paradigma, disaat negara sedang bergolak dengan pelbagai konspirasi dan masalah perselisihan kefahaman. Di samping itu juga, usaha ini mampu menyemai benih kasih sayang dan suasana mawaddah diantara ahli masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya).(Surah al-Hujurat : 13)
Seperti  firman Allah SWT dalam keterangan ayat di atas, jelas menunjukkan agama Islam itu mengunjurkan kasih-sayang sesama makhluk tanpa mengira bangsa agar manusia itu saling berkenal-kenalan, beramah mesra di antara satu sama lain.
Ayat ini jelas menerangkan konsep permuafakatan yang sepatutnya berlaku dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.  Maka, seharusnya, konflik perkauman, agama dan bangsa tidak wajar dicetuskan dalam masyarakat hari ini, terutamanya oleh umat Islam.

Negara rahmah daripada kaca mata Ikram

Setelah menghadam beberapa noktah penting dalam teks ucapan dasar, disampaikan Presiden Ikram, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad sempena PTI 2014 baru-baru ini, penulis begitu tertarik mengulas beberapa perkara yang menjelaskan dengan terperinci tentang model sebuah negara rahmah yang menjadi hasrat dan impian Ikram.

Antara ciri negara rahmah mengikut pandangan Ikram adalah negara yang disebut di dalam Al-Quran sebagai  "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur". Islam itu merupakan agama rahmatan lilalamin. Rahmah buat seluruh makhluk tanpa ada batasan. Ini jelas disebut dalam al-Quran dalam surah Al-Anbiya’,  ayat 107 yang bermaksud; “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.” (Al-Anbiya’: 107)  
Negara rahmah ini bukanlah idea baru dari Ikram, malahan,  seruan rahmah ini lama tercatat dalam Al-Quran sebagai “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur” iaitu  negara yg baik dan diampunkan Tuhan. Misi utama Ikram adalah untuk mendaulatkan syariah di negara ini supaya Malaysia menjadi seperti disebut dalam Al-Quran iaitu negara yang membawa kedamaian,keberkatan dan kerahmatan untuk seluruh umat.

Demi mencapai misi utama ini, Ikram bertindak meletakkan dasar-dasar yang jitu ke arah negara rahmah supaya semua ahli bekerja ke arah itu dan masyarakat dapat sama-sama menyokong dan membantu membawa Malaysia menuju negara rahmah.

Selain itu, ciri negara rahmah adalah negara yg meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada pemerintahan dan pentadbirannya. Ini antara ciri yang menekankan betapa pentingnya pemeliharaan kepada perkara asas maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama yang merangkumi nilai nyawa (Hifzu ad Hayah), agama (Hifzu ad –Deen), intelektual (Hifzu al-Aqli), keturunan (Hifzu an-Nasab) dan harta (Hifzu al-Mal).

Asas Maqasid Syariah ini harus diambil perhatian dan dititikberatkan dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara bagi memastikan perjalanan sesebuah negara itu berlaku dalam keadaan adil, harmoni dah penuh rahmah.

Ciri yang dijelaskan di atas, amat bersinambungan dengan ciri negara rahmah yang seterusnya iaitu menghasilkan sebuah negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan manusia sejagat.

Ciri ini sangat penting dalam melahirkan sebuah negara rahmah kerana konsep adil dan kesamarataan merupakan antara elemen terpenting yang perlu difahami dan diteliti dengan sejelasnya oleh tampuk pimpinan sesebuah negara.

Kefahaman yang rapuh terhadap konsep adil dan saksama ini antara punca utama berleluasanya ketidakadilan dan diskriminasi dalam sistem pemerintahan yang akhirnya akan mencetuskan rasa ketidakpuasan hati dan rasa teraniya dikalangan masyarakat khususnya rakyat marhaen.

Ciri negara rahmah yang turut menarik perhatian penulis adalah negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas Perlembagaan.
Penulis amat bersetuju dengan ciri dikemuka  Ikram kerana ini merupakan asas yang perlu dipahatkan dalam jiwa setiap pemimpin hari ini. Konsep syura dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan dapat mengelakkan  keputusan yang lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan juga mencegah segala tindakan berat sebelah yang diambil tanpa memikirkan kemaslahatan bersama.

Ciri ini juga mampu mempertahankan hak-hak rakyat dalam menyuarakan pandangan dan pendapat dalam memilih pemimpin disamping dapat menggalakkan sikap terbuka para pemimpin dalam meraikan penglibatan rakyat dalam takbir urus negara..

Kesimpulannya, sepertimana harapan Ikram supaya Malaysia kembali mempertahankan keharmonian antara kaum dan agama, penulis juga mengharapkan perkara yang sama serta ingin mengajak semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara supaya memainkan peranan dalam menunjukkan qudwah hasanah iaitu contoh teladan yang baik terutamanya kepada kaum bukan Islam di samping mengamalkan sikap “wasata” atau bersederhana demi memimpin Malaysia menuju negara rahmah yang kita dambakan. – 5 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysia-menuju-negara-rahmah-mampukah-ikram-nik-khatijah-nik-mud#sthash.KjmXgGkN.dpuf

Saturday, November 16, 2013

Islam Agama Perihatin


Tolong-menolong di dalam Islam

Oleh: Dr. Ahmed Hassan

Semua manusia tidak boleh memilih hidup bersendirian di muka bumi ini biarpun Allah telah memberikan factor-faktor kesenangan dan kecukupan kepadanya. Ini disebabkan, hal itu bertentangan dengan sifat, potensi dan kebiasaan manusia. Seseorang individu perlukan orang lain dan orang lain juga perlukan individu itu, sehingga kehidupan berlaku dalam bentuk yang terbaik. Inilah yang disebut "tolong-menolong" atau “kerjasama”.

Allah SWT memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman supaya saling tolong-menolong dan bekerjasama, dengan syarat mestilah atas dasar kebenaran dan ketakwaan, dan melarang mereka untuk tolong-menolong dan bekerja sama dalam perkara yang haram dan pencabulan.

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)

Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam melakukan perbuatan baik, iaitu perkara kebajikan (al-birr), dan menengah mereka daripada tolong-menolong dalam perkara kebatilan, dan melarang mereka bantu-membantu dan bekerjama dalam perkara haram dan dosa.

Ibnu Jarir berkata: Dosa ialah meninggalkan apa yang Allah suruh anda lakukannya, dan pencerobohan atau perlanggaran ialah melampaui batas yang ditetapkan Allah dalam agama dan melampaui batas dari apa yang Allah telah perintahkan kepada anda dalam diri anda dan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):

"Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): " Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya". (HR. Bukhari)

Sabda nabi saw (bermaksud):

"Tunjukkanlah ia kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya".(HR. Tirmidzi)

Sabda nabi aw lagi (bermaksud):

"Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar di atas penyiksaan mereka memperolehi pahala yang lebih besar daripada orang yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar dengan penyiksaan mereka". (HR.Tirmidzi).

Antara contoh tolong-menolong dan kerjasama dalam kebenaran dan ketakwaan:

1 - Menggali parit: 

Rasulullah saw terlibat bersama-sama sahabat menggali parit. Menurut al-Barra’ bin ‘Azib ra: “Aku melihat saw mengalihkan tanah parit sampai aku melihat debu saya pada perutnya dan di kebanyakan rambutnya. Lalu aku mendengar nabi mendendangkan syair kepada Ibn Rawaahah  sambil mengalihkan tanah, katanya, saw (bermaksud):

Ya Allah, jika tidak kerana Engkau tentulah kami tidak memperolehi petunjuk, tidak bersedekah dan tidak menunaikan solat

Lalu Engkau telah turunkan ketenangan kepada kami  dan meneguhkan kaki-kaki kami semasa berhadapan dengan kesulitan

Sesungguhnya orang-orang yang sombong telah memberontak terhadap kami, dan seandainya mereka ingin mendatangkan fitnah (kesusahan) maka kami tetap tidak akan memperdulikannya”.

Dia berkata: Kemudian baginda menguatkan suaranya hingga akhir.

Rasulullah saw tidak sombong pada teman-temannya, malahan saling tolong-menolong dengan mereka pada saat-saat yang genting dan urusan-urusan yang sukar. Alangkah hebat teladan dari seorang pemimpin!.

2 - Kerjasama dalam membina masjid pertama: 

Langkah pertama yang dilakukan oleh Nabi saw setelah penghijrahan adalah mendirikan Masjid Nabawi, iaitu di tempat yang berkat di mana unta nabi berhenti maka nabi memerintahkan dibangunkan masjid ini, dan membeli tapak itu daripada dua kanak-kanak yatim. Baginda sendiri memberikan sumbangan dalam membinanya. Baginda yang memindahkan susu dan batu sambil mendendangkan syair (bermaksud):

“Ya Allah, tiada kehidupan (yang sempurna) melainkan kehidupan akhirat, justeru ampunilah golongan Ansar dan golongan Muhajirin”.

3 – Tolong-menolong dalam berdakwah:

 "Pembantu Nabi": Nabi Musa as. memohon kepada Tuhannya supaya menjadi saudaranya sebagai pembantu dalam menjalankan tugas dakwah seperti yang dirakamkan dalam Firman Allah swt (bermkasud):

(25.  Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku , 26.  Dan mudahkanlah untukku urusanku, 27.  Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, 28.  Supaya mereka mengerti perkataanku, 29.  Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, 30.  (yaitu) Harun, saudaraku , 31.  Teguhkanlah dengan dia kekuatanku,(Taha: 32).

4 – Memenuhi keperluan manusia:

Dengarlah kata-kata Khadijah ra untuk suaminya Muhammad saw: "Tidak sekali-kali demikian. Demi Allah, Dia tidak akan menghina anda sama sekali, kerana anda seorang yang menghubungkan silaturrahim, benar dalam pembicaraan, menanggung semua (bebanan) dan mendapatkan keperluan orang yang tiada apa-apa (miskin), dan berusaha menegakkan yang hak ".

Tidakkah anda lihat bahawa membantu orang lain menjadi penyebab terlepas dari kesulitan? Oleh itu, janganlah kedekut membantu saudara-saudara anda kerana pasti Allah akan mengurniakan pahala dari sisiNya kepada anda.

5 - Kerjasama dengan pasangan: 

Adakah anda tidak mendengar tentang Seerah Nabi saw sebagaimana dinyatakan di dalam satu riwayat yang sahih:

"Nabi saw rajin bersama keluarganya, dan ia membersihkan kasut, dan menjahit pakaian, memerah susu kambing, dan menyapu rumah ! ",

Apakah anda tidak melihat kepada Rasulullah saw bagaimana baginda mengumpulkan sampah sarap rumahnya untuk mewujudkan semangat kerjasama keluarga yang menyebabkan sesebuah rumah itu hidup makmur.

Alangkah perlunya umat Islam memperhatikan hadith Nabi ini, supaya mengetahui bahawa manhaj Islam menitik beratkan soal membantu orang lain ..! Perhatikanlah saudara kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):

"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq Alaih)

Perhatikan ungkapan: " Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya", untuk mengetahui bagaimana Islam menggesa umatnya supaya membantu orang lain.

Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):

" Barangiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya”.

Ungkapannya sangat jelas .. bahawa Allah menolong anda selagi anda meringankan tulang untuk menolong orang lain.. hanya bermula dengan mencari mereka yang memerlukan pertolongan anda, dan lakukanlah dengan baik, benarlsh Firman allah swt dalam hal ini (bermaksud):

“Dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”. (al-Hajj: 77).

Dengarlah sabda Nabi saw (bermaksud):

"Saya didedahkan pekerjaan umatku yang baik dan buruk; Lalu saya dapati antara pekerjaan yang baik ialah membuang sesuatu yang bahaya di jalan, dan saya dapati antara pekerjaan yang buruk ialah kahak atau hingus yang terdapat di dalam masjid dibiarkan dan tidak buang". (HR. Muslim).

Renungkanlah bagaimana membuang sesuatu yang buruk di jalan merupakan antara pekerjaan yang terbaik bagi seorang muslim, kerana ianya tergolong dalam hal bantu-membantu. Sabda Nabi saw yang lain (bermaksud):

"Orang yang berjalan kerana memenuhi keperluan saudaranya sama ada pertolongannya itu dapat menyelesaikan keperluan saudaranya atau tidak, maka baginya pahala seumpama pahala i'tikaaf selama sebulan (dalam riwayat yang terkenal dua bulan) di masjid ini".

Saya simpulkan dari berbagai hadith sahih dengan satu riwayat dari Abu Musa al-Asy'ari bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud):

"Setiap Muslim hendaklah melakukan sedekah", Seorang sahabat bertanya: “Bagaimana jika ia tidak menemuinya (tidak mampu)? Nabi menjawab: "bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dikira satu sedekah , "Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak boleh? Nabi saw menjawab: "menolong orang yang sangat memerlukan pertolongan ". Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak boleh?Nabi menjawab: "Ia menyuruh kepada yang ma’ruf atau kebaikan", Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak melakukannya? Nabi menjawab: "Ia mesti menahan diri dari melakukan kejahatan kerana ianya adalah sedekah. " (HR. Bukhari dan Muslim)

Saya akhiri tulisan ini wahai saudara-saudara yang dikasihi dengan sabda junjungan besar penghulu dan kekasih kita Nabi saw (bermaksud): 

"Orang-orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti struktur binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain "(HR. Muslim).

Doa terakhir adalah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.


Bencana Alam Philippines Typhoon


Super Typhoon Haiyan -- perhaps the strongest storm ever -- plowed across the central Philippines on Friday November 8 and 9, destroying homes, schools, roads and killing thousands of people. CARE is on the ground providing emergency relief to the survivors of the super storm that has affected over 11 million people in its deadly path. It roared onto the country's eastern island of Samar at 4:30 a.m., flooding streets and knocking out power and communications in many areas of the region of Eastern Visayas, and then continued its march, barreling into five other Philippine islands as it moved across the archipelago.

No food. No water. Houses and buildings torn to pieces. Bodies scattered on the streets. Hospitals overrun with patients. Medical supplies running out.

As Typhoon Haiyan barreled across the South China Sea on Sunday, getting set to bring more destruction to Vietnam, many Filipinos grappled with devastation on a level they'd never seen before.
The Philippine Red Cross estimated at least 1,200 people were killed by Haiyan, but the full death toll could be significantly higher as officials make their way to remote, nearly inaccessible places pummeled by the storm.
Tacloban Mayor Alfred Romualdez told CNN it is "entirely possible" that 10,000 people may have died in the storm in Leyte province.

It wasn't the storm's 250-kph (155-mph) gusts that caused most of the damage -- it was a mammoth storm surge that reached up to 5 meters (16 feet) high.
Nearly half a million people were forced out of their homes, and now thousands have no homes to return to, the National Risk Reduction and Management Council said.
In Tacloban, the increasingly desperate search for food and water has led to looting. National police and the military sent reinforcements to the coastal city Sunday to prevent such thefts. News video showed people breaking into grocery stores and cash machines in the city, where there had been little evidence of authority since midday Friday.  [http://www.wptv.com/dpp/news/world/philippine-typhoon-death-toll-could-reach-10000]


The numbers in the wake of Typhoon Haiyan in the Philippines are staggering:
  • Revised estimated dead at 2500
  • Thousands of people injured
  • 12.9 M people impacted by the storm
  • 2.5 M people in need of food
  • 1.9 M people displaced
  • World Vision aid goal- relief for 400,000

Here are seven keys to recovery in the Philippines:

1. Provide food, water and medical care
This is an obvious first step and what is most needed right now, said Keith Tidball, a social ecologist at Cornell University in Ithaca, N.Y. In some areas, people are already getting desperate and angry due to the lack of aid, and there have been reports of people ripping up water lines to get fresh water. Another key is to properly dispose of dead bodies, which can spread disease if they decompose without being buried. Many bodies have been interred in mass graves.

2. Rebuild infrastructure
Many areas are still inaccessible due to crippled roads and airports. To get food to some isolated regions in the hard-hit provinces of Leyte and Samar, for example, roads will have to be cleared of sand and debris and in some cases rebuilt, according to news reports.

3. Maintain civil order
In response to a lack of food and water, there have been reports of looting and civil unrest in the hard-hit city of Tacloban. Tidball said that if it gets worse, authorities may have to step in, but said that can create a whole other slew of problems, perhaps most obviously that it takes away from aid efforts. Hopefully, the food and water that is now arriving in many areas will prevent the situation from getting worse, he added.

4. Donate cash, not stuff
In the aftermath of the Fukushima disaster following the March 2011 earthquake and tsunami in Japan, many people donated items like shoes. This led to a backlog in supply chains and took away from the relief effort; instead of helping people, officials had to deal with transporting and storing objects like shoes, Tidball said. It's much better to give cash, so that relief organizations can purchase what they need on site or nearer to where people are in need, he added.

5. Avoid scams
People should be wary of giving to the wrong groups, experts say. "Unfortunately, there are also scam artists who prey on people's charitable instincts at times like this," said Cornell researcher Chris Barrett in a release from the school. "So, if you're asked for a donation and don't know the organization, check them out atwww.charitynavigator.org to verify their credentials and that the group makes good use of your donations." At least 80 percent, and preferably 90 percent, of donations should be used for programming, Barrett added.

6. Rehabilitate the environment
The immediate needs of people — food and water — are most important at this time, Tidball told LiveScience. But people also need to think about the health of the environment, which can really help people recover mentally and emotionally from a disaster of this magnitude, he said. For example, in the aftermath of Hurricane Katrina, New Orleans residents banded together to plant trees like live oaks, a large and iconic southern tree, which went a long way toward restoring morale and mental health. Efforts to improve the environment in the Philippines could also include tree planting and clearing beaches of debris, Tidball said.

7. Plan for the future
After immediate needs are met, people also need to plan for the future, Tidball said. Typhoons near this magnitude are likely to come again, and by most accounts, the Philippines wasn't prepared enough for this storm. Preparations for the future may include creating more storm shelters and avoiding development in low-lying areas that will eventually be hit by a future storm surge, he said. 
"Development has to occur in a way that it doesn't just repair things how they were and put people back to where they were, just to be hit again," Tidball said.
Email Douglas Main or follow him on Twitter or Google+Follow us@livescienceFacebook or Google+. Article originally on LiveScience. [http://www.livescience.com/41251-haiyan-recovery-7-steps.html]










Ref. Articles: Is Typhoon Haiyan linked to Climate Change ? : http://www.theguardian.com/environment/2013/nov/11/typhoon-haiyan-climate-change

Thursday, January 14, 2010

Gempa Bumi di Haiti 12 Jan 2010 - Ribuan Mati



Gempa bumi Haiti 2010 berkekuatan 7.0 terjadi sekitar 16 km dari ibu negara Port-au-Prince Haiti di 04:53:09 (di pusat) pada hari Selasa 12 Januari 2010. Gempa bumi ini berlaku pada kedalaman 10.0 km di perut bumi. Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat mencatatkan lebih 10 gempa susulan lebih 5.0 skala richter termasuk yang bersaiz 5.9 dan 5.5.

Sebahagian besar tenggara Port-au-Prince hancur karena gempa, termasuk Istana Presiden Haiti, Dewan Parlimen, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan hospital.Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince turut ranap . Bagaimana pun Presiden Haiti Rene Garcia Preval terselamat.

Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden Pemberontakan Haiti 2004. PBB melaporkan bahawa markas besar pasukan Misi Stabilisasi PBB di Haiti Port-au-Prince rosak teruk . Sejumlah pegawai personil PBB hilang.

Titik gempa

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, sekitar 16 km dari Port-au-Prince. Titik kedalaman 10.0 km pada jam 16:53 UTC-5 . Ia terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di teluk Guantanamo, Pulau Cuba, di Kongston, Jamaica, di Caracas, Venuzuela dan di Santos Domingo, Republik Dominican.

Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menyatakan terdapat 6 kali gempa dalam masa dua jam selepas gempa utama. Kadar gempa sekitar 5.9, 5.5, 5.1, 4.8, 4.5,dan 4.5. Pertama dalam sembilan jam, 26 gempa susulan terjadi.

Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah menghentam Haiti pada tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofisika USGS menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1 menghentam Republik Dominican dan Haiti yang menyebabkan tsunami dan menyebabkan 1.790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi tertapi ia dibatalkan kemudisan.

Akibat

Wartawan televisyen Haiti, “Haitipal” melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di PĂ©tionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan P[[ertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Laporan awal menyatakan bahawa ribuan orang dikhuatiri terbunuh.

Reaksi

Duta besar AS ke Haiti Joseph Raymond menyatakan gempa ini sebagai “sebuah bencana besar. The Associated Press menyebutnya sebagai “gempa bumi terbesar yang pernah tercatat di Haiti”, Gempa bumi Jamaica 1692 hanya 7.5 pada skala richter. Perdana Menteri Kanada Stephen Harper menasihati agar parsa pegawainya menilai kerosakan dan kemungkinan kecederaan rakyat Kanada. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berdoa agar kecederaan dapat dikurangkan. Amerika sedang memantau situasi dan kami siap untuk membantu rakyat Haiti. Bulan Sabit Merah Turki telah menghantar sebuah pasukan bantuan ke Haiti. Radio Amatur HAM juga memberikan bantuan semasa bencana. Ramai bimbang kerana Haiti adalah sebuah negara miskin, kedudukan 149 dalam Indeks Pembangunan Manusia.

Maklumat tentang negara Haiti sila lihat di SINI